Saturday 26 March 2022

6 Tips Persediaan Sebelum Ramadhan

Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Marhaban Ramadhan 
Marhaban ya Ramadhan

Lalalala haa sila lah sambung 

Pejam celik tahun 2022 ni tinggal lebih kurang 7 hari je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan kan. Bulan mulia bulan rahmat bulan kumpul pahala bulan Al-Quran. 

Puasa adalah rukun islam ketiga wajib ke atas semua umat islam yang cukup syarat. 

Puasa secara bahasa bermaksud menahan diri. Dari segi istilah maksudnya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. 

Haa begitu lah secara ringkas, kita nak berpuasa selama 30 hari ni. Jadi apa persiapan yang kita nak buat supaya dapat kita gunakan masa dengan lebih baik dan berkualiti insyaallah.




Ada beberapa perkara kak radin nak kongsi ni, jom kita buat sama-sama ya. 


1. Puasa Sunat dan Berdoa

Untuk mempersiapkan badan, minda dan jiwa bagi meraikan bulan ibadat yang mulia.

 

2. Pakaian solat

Sediakan pakaian yang bersih dan terbaik untuk menunaikan solat Tarawih.

 

3. Perancangan pemakanan

Buat perancangan menu Sahur & Iftar lebih awal. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan supaya anda boleh berbelanja dengan hemat dan dapat mengelakkan pembaziran makanan.

 

4. Makanan dan minuman untuk bulan puasa

Beli barangan dapur seperti tepung, gula, minyak, kurma, kekacang, minuman dan sebagainya pada satu atau dua minggu sebelum Ramadhan bermula.

 

5. Baju raya

Ramadhan adalah bulan yang paling sibuk bagi tukang jahit. Jadi, buat perancangan awal jika anda mahukan baju raya yang memenuhi cita rasa dan terletak elok pada badan anda.

 

6. Suplemen

Jangan lupakan suplemen anda! Suplemen seperti protein, minuman elektrolit, vitamin B dan sebagainya sangat penting untuk memastikan tubuh badan anda kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semoga Allah SWT memasukkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang dapat bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan pengampunan dari-Nya.




0 comments: