Sunday 3 October 2021

Makan Buah dan Sayur atau Supplemen lebih baik?


Ramai ke yang sedang membaca blog kak radin dan tidak suka makan sayur dan buah?


Bagi mengelak rasa bersalah mengambil keputusan untuk ambil suplemen. Ada pula yang ambil buah dan sayur-sayuran sahaja dan tidak mengambil suplemen kerana rasa sudah cukup. Jom kita bincangkan lagi sejauh mana kebenarannya. Mana yang lebih baik pada pendapat awak jom komen dibawah.


Sebelum tu kak radin nak kongsi piramid makanan malaysia 2020. 


piramid makanan 2020


Dari piramid kita boleh lihat paling bawah adalah buah dan sayur menunjukkan kita perlu ambil 5-7 hidangan dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang utama untuk meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit. Aras 3 yang lain nanti kita bincangkan lagi ya. Kita fokus pada aras yang pertama sebab ramai antara kita yang tak makan sayur dan buah kan?


Ok jom kita bincangkan patut ke kita ambil suplemen berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.


PERTAMA DARI SEGI RASA


Buah dan sayur sangat sedap sebenarnya ada bermacam-macam warna, rasa pun sedap seperti carrot, jagung, bunga kubis, cendawan, brokoli, tomato. Sayuran hijau pun kalau kena masakan sedap, ulam-ulaman mungkin ada sedikit pahit tapi itulah yang bagus. Ada khasiatnya yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan suplemen ada yang jenis cecair atau pil hanya telan saja, tidak dapat menikmati rasa makanan. Rugi sangat bagi kak radin jika tak makan buah dan sayur kan? Ok yang pertama buah dan sayur menang.


KEDUA DARI SEGI MUDAH


Buah dan sayur perlu dibasuh, dimasak, dihidang agak mengambil masa. Suplemen mudah hanya telan atau makan sahaja dah siap, jimat masa dan kita dah boleh dapat contohnya vitamin c. Dari segi ini suplemen menang.


KETIGA DARI SEGI NUTRISI


Sayur dan buah ada serat yang dapat mengurangkan masalah sembelit. Ada vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit, potasium menguatkan fungsi otot dan ada antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Namun, cara masak perlu berhati-hati seperti terlebih masak untuk mengelakkan khasiatnya hilang. Selain itu, sayuran segar dan buah-buahan yang ranum yang kita nikmati hari-hari itu, tak terlepas dari bahan kimia atau racun serangga.


Suplemen pula ada pelbagai jenis jika perlu kena pastikan yang selamat, semulajadi dan berkesan ada sijil halal dan juga KKM. Suplemen ada kandungan yang tetap jadi kita dapat pastikan nutrisi yang kita dapat setiap hari. 


Kak Radin rasa dari segi nutrisi masing-masing ada kekuatan masing-masing. Seri disini.


Baiklah dah nak sampai ke penghujung dah ni, nampaknya tak dapat nak menangkan buah dan sayur atau suplemen. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Bagi yang konsisten makan buah dan sayur dalam dos yang diperlukan setiap hari kak radin ucapkan tahniah. Itu lah yang sebaiknya. Amalkan pemakanan yang sihat tau pinggan sihat suku suku separuh. 


Kita perlu ambil suplemen untuk menampung keperluan nutrisi kita. Dalam keadaan sekarang ni lagi lah, udara pun dah tercemar, kita terdedah dengan radikal bebas. 


Sebaiknya ambil buah dan sayur, supplemen pun ambil juga ya kawan-kawan, nama pun suplemen kan. Sayur buah tu wajib makan. Supplemen lain kak radin tak pasti tapi supplemen yang kak radin ambil sekarang ni insyaallah selamat, semulajadi dan terbukti tengok SINI.


Siap ada landmark study lagi. Tengok SINI


Ok lah kalau nak suplemen tapi tak tahu mana boleh cari kak radin. Insyaallah kak radin boleh bantu. Jaga diri jaga emosi jaga kesihatan ye. Moga baik-baik semuanya insyallah.