Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi:
- membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.
- sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakan
- membantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasi
Kesan kekurangan:
- tubuh badan jadi lemah
- kurang tenaga
- pertumbuhan tubuh badan terbantut
Contoh makanan:
Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu
2) PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen,oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus.
Fungsi:
- membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan
- penghasilan bahan kimia seperti enzim dan hormon
- membekalkan tenaga apabila diperlukan
- pembentukan tulang serta otot
Kesan kekurangan:
- pertumbuhan terbantut
- penyakit kwasyiokor
Contoh makanan:
ikan,daging,telur,susu,soya,sayur-sayuran
3) LEMAK
Fungsi:
- membekalkan tenaga kepada tubuh badan
- lapisan lemak bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba
- boleh melarutkan vitamik A, D, E, dan K
- dapat melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal
Kesan kekurangan
- tidak dapat memanaskan badan
- tiada otot utk melindungi organ
Contoh makanan
- Lemak haiwan - mentega, myk sapi, keju, kuning telur
- Lemak tumbuhan - marjerin, minyak kelapa sawit, minyak zaitun
4) VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A, D, E, K) dan Vitamin Larut Air (B, C)
Fungsi :
penting untuk kesihatan badan
Contoh makanan:
tomato, susu, limau, telur, ikan kod
5) GARAM MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan. Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sejenis bahan semulajadi yang berasal daripada sumber tunbuh-tumbuhan iaitu kalsium, besi, iodin, natrium, fosforus, kalium dan flourin.
Fungsi:
penting untuk kesihatan badan
Contoh makanan:
ikan bilis, garam,tomato, limau, telur
6) PELAWAS
Bahan bergentian yang tidak dapat dicernaan badan. Meransang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan.
Fungsi:
mencegah sembelit, ,membantu pergerakan makanan di sepanjang salur pencernaan
Contoh makanan:
nangka, nenas, betik, jagung
7) AIR
Sejenis cecair yanag tiada bau, rasa dan warna. Diperlukan dalam tubuh badan manusia sebanyak 70% air. Seseorang memerlukan kira-kira 2 liter atau 6 gelas air sehari
Fungsi:
Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah
Kesan kekurangan:
- sembelit
- badan mudah lesu,letih,mudah mengantuk
- tubuh badan panas
- tiada ketahanan badan
Credit to: http://www.cikguhailmi.com/
![]() |
piramid makanan |
Em ok lah..nanti kite smbung belajar lg ye..
Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
017-3468802
SID:1092808
0 comments:
Post a Comment