Saturday 9 April 2022

Makanan bantu ibu menyusu kekal bertenaga dibulan puasa

Rasanya ramai dah tahu resepi ni kak radin nak kongsi juga sebab dah cuba sendiri dan alhamdulillah sangat membantu tau. Kita ni bila menyusu tau lah asyik lapar dan haus, hari biasa boleh la kita nak mengunyah biskut ke apa-apa. Bila bulan puasa haru juga dibuatnya. 
Kak Radin pun bukan pakar laktasi, cuma nak kongsi berdasarkan pengalaman gitu. Masa Ammar Arif alhamdulillah berjaya 2 tahun siap ada 'extra' bulan rasanya. Adiknya Arman Adwa sekarang dah 1 tahun 8 bulan insyaallah lagi 4 bulan lagi nak konvo menyusu ;D 

Paling penting mak-mak kena selalu positif tau, kuatkan semangat nak susukan baby ye, minta tolong dengan Allah supaya dimudahkan segala urusan kita. Masa bulan puasa ni cabaran besar sikit tapi kita boleh insyaallah. Sahur wajib tau, jangan tidak. Air pun sekurang-kurangnya 8 gelas air, air kosong tau hee

Ok lah jom nak kongsi sahur ni penting sangat-sangat lebih lagi untuk ibu menyusu, dan sudah semestinya sangat digalakkan untuk bersahur kerana ia adalah sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cadangan kak radin untuk sahur ibu menyusu kena ada yang berikut :-
Kurma memang kita sedia maklum bagus untuk kesihatan, ia mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dengan cepat dalam badan ibu yang menyusukan anak setelah seharian berpuasa.

Fresh milk sangat bagus untuk ibu yang menyusukan sebab ia mengandungi kalsium, protein, vitamin B dan D. Sekurang-kurangnya amalkan 3 cawan fresh milk setiap hari untuk bekalan kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan sendiri dan untuk si kecil.

Oat mengandungi serat yang tinggi jadi ia boleh membantu ibu untuk kenyang lebih lama, aras gula dalam badan akan lebih stabil dan tidak mencanak naik selepas makan. Oat juga boleh membantu dalam penghasilan susu, dan kalau boleh pilih jenis yang rolled oat tau lebih baik.



Pastikan ibu ambil protein yang secukupnya lebih baik protein dari tumbuhan seperti kekacang, soya, tempeh. Sayuran seperti brokoli, cendawan, kobis, timun, tomato juga adalah protein. Protein dari haiwan juga boleh seperti daging, telur,ayam tapi lebih baik pilih yang tumbuhan kerana lebih selamat dan sifar kolestrol. 

Haa kak radin nak kongsi resepi yang boleh gabung kesemua diatas. Kita boleh buat overnight oat tau. Susu, kurma, oat, protein kak radin pilih protein soya non gmo dari shaklee sudah semestinya ESP. 


Haa nilah dia yang kak radin dah makan selama 7 hari berpuasa ni, hanya gabungkan rolled oat, kurma, susu yang sudah digoncang dengan ESP. Letak buah-buah sedikit bagi menaikkan selera. Pemanis nya datang dari kurma dah cukup sangat bagi kak radin boleh letak 3 ke 5 biji ikut saiz kurma. Kalau nak blend pun sedap juga senang terus minum sahaja. Oh ada tambahan kak radin letak chia seed supaya lebih kenyang insyallah. 

Kita ni ibu-ibu menyusu yang kuat dan hebat kan kan? Boleh berpuasa dan menyusukan anak juga insyaallah, boleh pam susu juga. Keep fighting ya ibu-ibu :)

Nak tanya apa-apa berkaitan suplemen boleh klik je atas ni eh..
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments: