Saturday 9 April 2022

Makanan bantu ibu menyusu kekal bertenaga dibulan puasa

Rasanya ramai dah tahu resepi ni kak radin nak kongsi juga sebab dah cuba sendiri dan alhamdulillah sangat membantu tau. Kita ni bila menyusu tau lah asyik lapar dan haus, hari biasa boleh la kita nak mengunyah biskut ke apa-apa. Bila bulan puasa haru juga dibuatnya. 
Kak Radin pun bukan pakar laktasi, cuma nak kongsi berdasarkan pengalaman gitu. Masa Ammar Arif alhamdulillah berjaya 2 tahun siap ada 'extra' bulan rasanya. Adiknya Arman Adwa sekarang dah 1 tahun 8 bulan insyaallah lagi 4 bulan lagi nak konvo menyusu ;D 

Paling penting mak-mak kena selalu positif tau, kuatkan semangat nak susukan baby ye, minta tolong dengan Allah supaya dimudahkan segala urusan kita. Masa bulan puasa ni cabaran besar sikit tapi kita boleh insyaallah. Sahur wajib tau, jangan tidak. Air pun sekurang-kurangnya 8 gelas air, air kosong tau hee

Ok lah jom nak kongsi sahur ni penting sangat-sangat lebih lagi untuk ibu menyusu, dan sudah semestinya sangat digalakkan untuk bersahur kerana ia adalah sunnah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Continue Reading

Tuesday 29 March 2022

6 Tips Minum Air Di Bulan Puasa

Haa lain macam kan tajuknya, jangan pula minum masa tengah puasa tau. Selalu dengar orang cakap bila puasa je tak cukup air kan, sebenarnya ada cara nya, rasanya ramai pun dah tahu tapi kak radin nak kongsi lagi untuk peringatan kita semua. Penting untuk kita faham supaya boleh bersedia dari awal nak set minda kita sebelum melangkah ke bulan ramadhan nanti insyaallah. Boleh baca posting kak radin sebelum ni ya. 😎💓

6 Tip Persediaan Sebelum Ramadhan

Kali ini kita fokus untuk minum air dibulan ramadhan gitu. Kenapa tu?

Air merupakan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Tahu tak lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Bila badan cukup air kita akan lebih sihat, kulit lebih cantik bermaya dan badan kita lebih bertenaga sepanjang hari. Apa yang kak radin nak sampaikan air sangat lah penting lebih-lebih lagi dibulan puasa sebab kita tak dapat minum disiang hari. Ada caranya nak dapat air, bukan curi-curi minum dekat toilet ya. 😂

Ok jom kita pergi pada tips untuk minum air di bulan puasa ya.

Continue Reading

Saturday 26 March 2022

6 Tips Persediaan Sebelum Ramadhan

Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Marhaban Ramadhan 
Marhaban ya Ramadhan

Lalalala haa sila lah sambung 

Pejam celik tahun 2022 ni tinggal lebih kurang 7 hari je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan kan. Bulan mulia bulan rahmat bulan kumpul pahala bulan Al-Quran. 

Puasa adalah rukun islam ketiga wajib ke atas semua umat islam yang cukup syarat. 

Puasa secara bahasa bermaksud menahan diri. Dari segi istilah maksudnya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. 

Haa begitu lah secara ringkas, kita nak berpuasa selama 30 hari ni. Jadi apa persiapan yang kita nak buat supaya dapat kita gunakan masa dengan lebih baik dan berkualiti insyaallah.




Ada beberapa perkara kak radin nak kongsi ni, jom kita buat sama-sama ya. 


1. Puasa Sunat dan Berdoa

Untuk mempersiapkan badan, minda dan jiwa bagi meraikan bulan ibadat yang mulia.

 

2. Pakaian solat

Sediakan pakaian yang bersih dan terbaik untuk menunaikan solat Tarawih.

 

3. Perancangan pemakanan

Buat perancangan menu Sahur & Iftar lebih awal. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan supaya anda boleh berbelanja dengan hemat dan dapat mengelakkan pembaziran makanan.

 

4. Makanan dan minuman untuk bulan puasa

Beli barangan dapur seperti tepung, gula, minyak, kurma, kekacang, minuman dan sebagainya pada satu atau dua minggu sebelum Ramadhan bermula.

 

5. Baju raya

Ramadhan adalah bulan yang paling sibuk bagi tukang jahit. Jadi, buat perancangan awal jika anda mahukan baju raya yang memenuhi cita rasa dan terletak elok pada badan anda.

 

6. Suplemen

Jangan lupakan suplemen anda! Suplemen seperti protein, minuman elektrolit, vitamin B dan sebagainya sangat penting untuk memastikan tubuh badan anda kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semoga Allah SWT memasukkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang dapat bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan pengampunan dari-Nya.




Continue Reading