Sunday 17 May 2020

Doa dan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Diam tak diam hari ni dah masuk 24 ramadhan cepat sangat masa ni berlalu kan. Dari hari ke sehari kak radin nak update dalam blog ni tapi atas kesibukan yang melanda. Apapun kak radin doakan moga kita semua diberikan kekuatan dan semangat untuk beribadah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak bagi yang terbaik. Kalau dalam marathon, yang hujung-hujung ni dah boleh pecut dah cuba pergi sejauh mana kita boleh pergi insyallah self reminder juga ni.

Well life is about choice, tahun ni kita puasa lain sikit kena berpuasa di rumah, terawih dirumah. Jadi, diri kita ni mesti nak kena kuat sebab tiada siapa yang boleh paksa diri melainkan diri kita sendiri.




Bagi kak radin personally tak salah pun nak buat kuih raya, beli baju raya semua tapi kena la seimbang. 10 malam terakhir ni sangat lah istimewa kerana adanya Malam Lailatul Qadr.

Ayah KR selalu pesan study smart, work smart dan ibadah smart. Haish rindu pula rasanya ni tak dapat nak berpuasa sama tahun ni. Ok berbalik pada Malam Lailatul Qadr, moga kita semua dapat bertemu dengannya sebab ia adalah satu malam yang sangat istimewa di Bulan Ramadhan.

Surah al-Qadr ayat 1 - 3 menyebut:
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jom kita sama-sama baca doa ni ye insyallah.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”

Maksudnya:

Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Malam Lailatul Qadr ni sangat istimewa kerana malam itu sangat mulia. Malam itu lebih baik dari 1000 bulan. Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda. Masyallah seronoknya namun kita tidak tahu bila tapi yang pasti ia ada di 10 malam terakhir.

Sama-sama kita berusaha untuk tingkatkan ibadah seperti solat sunat, sedekah, baca alquran, berzikir dan sebagainya. Mohon ampun dari Allah kita ni banyak sangat dosa termasuk lah orang yang menulis ni. Allah simpan aib kita baiknya Allah kan, dia bagi segala rezeki pada kita.

Terima kasih Allah atas nikmat ini.

#selfreminder
#aisyahradin





0 comments: