Tuesday 21 April 2020

100 Impian Aisyah Radin


Semalam kak radin ada share kami geng viktoria ada tugasan kan. Senaraikan 100 impian, puas juga perah otak mula-mula macam susah sekali dah masuk 80 90 eh banyak pula yang aku nak ni haa. 😁

Free je berimpian ni tak salah pun. 🤩 Moga impian kita semua tercapai ye. Dreams do come true. Minta lah apa sahaja dengan Allah yang penting kita mesti berusaha dan usaha. Jom kita sama-sama buat ! 💪

Kita adalah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa. Jadi sila fikir yang baik-baik sahaja. Boleh ke boleh? 

==============================
Ok ni senarai impian seorang yang bernama Aisyah Radin 💁‍♀️

1. Surirumah yang ada income RM100,000 sebulan
2. Bebas hutang
3. Ada saving RM100,000

4. Tunaikan haji bersama suami sebelum umur 40 tahun
5. Umrah bersama keluarga
6. Renovate rumah nak tambah 1 bilik untuk anak
7. Mini Garden luar rumah
8. Lengkapkan peralatan rumah set bilik tidur, ruang tamu
9. Upah pakar untuk dekorasi rumah
10. My own office di rumah
11. Sedekah rm5000 setiap bulan
12. Belanja untuk mak dan mama rm5000 sebulan
13. Nak suami bekerja dekat dengan rumah, buat bisnes sama-sama. 
14. Master Coordinator Shaklee tahun 2021
15. Nak buka pusat belajar alquran untuk org dewasa dan kanak2
16. Nak hantar anak ke kelas pertahanan diri
17. Nak hantar anak ke pusat tahfiz
18. Nak ada saving rm100,000 setiap anak
19. Mendapat nikmat sihat
20. Mudah melakukan ibadah, rajin bangun tahajud
21. Nak cantik awet muda
22. Setiap bulan ke spa 
23. motor baru untuk suami
24. Bina syarikat sendiri
25. Ada staff yang baik dan dipercayai
26. Ada kedai di melaka
27. hantar ibu bapa dan mertua ke mekah
28. bantu anak-anak yatim, sponsor setiap bulan
29. keluarga yang bahagia, berjaya dunia akhirat
30. ada anak-anak yang baik, sihat, soleh dan solehah
31. ada kereta 4-wheel drive 
32. pergi trip shaklee bersama family & anak-anak bisnes
33. bantu orang lain berjaya buat duit
34. bantu orang lain untuk lebih sihat
35. ada barang kemas untuk diri, mak dan mama
36. belanja kelengkapan raya utk mak dan mama
37. sponsor mama ayah berjalan round the world
38. beli rumah 2 tingkat fully furnish ada swimming pool 
39. beli 5 biji rumah untuk disewa
40. nak ada kabinet dapur yang lengkap dan mewah
41. ada thermomix
42. naik helicopter pusing-pusing Malaysia
43. Honeymoon dengan suami ke Europe
44. Rasa makanan halal seluruh dunia
45. Nak shopping tanpa risau tanda harga
46. Bebas nak kemana-mana dan buat apa sahaja yang tak melanggar syara'
47. sentiasa istiqamah dalam mengejar redha Allah swt
48. sentiasa ikhlas dan jujur dalam hidup didunia
49. bantu adik beradik dan keluarga yang dalam kesempitan
50. banyak berzikir dan tahmid setiap hari
51. perbaiki tertib solat, fahami maksud bacaan dalam solat
52. nak jumpa face to face prof muhaya
53. pergi parenting class setiap bulan
54. pergi cooking class setiap bulan
55. pergi gardening class
56. jejak kaki ke eifel tower
57. wakafkan tanah 2 ekar utk pembinaan masjid
58. korban 2 ekor lembu setiap tahun
59. disayangi dan boleh menambah nilai pada orang lain
60. mampu taja saudara mara yang teringin menunaikan umrah
61. menjadi money magnet
62. ada networking yang luas dgn ahli perniagaan yang berjaya
63. menjadi inspirasi kepada orang lain
64. mati dalam iman dan masuk ke syurga
65. dapat pergi seminar-seminar orang hebat bersama suami
66. ada tanah dusun sendiri utk tanam buah-buahan
67. petik epal di ladang epal australia
68. nak kembangkan perniagaan ada agent diseluruh malaysia
69. mewariskan perniagaan pada anak-anak
70. miliki kapal peribadi yang lengkap utk kemudahan bercuti sambil memancing
71. dapat pegang salji dan buat orang salji
72. naik hot air balloon
73. cuba lakukan skydiving dan paradigling
74. buat lasik
75. ada bilik khas utk pakaian, beg dan kasut
76. ada yayasan biasiswa untuk bantu pelajar susah
77. ada property diluar negara
78. tidak lupa diri bila berjaya
79. dipermudahkan segala urusan
80. dijauhkan dari maksiat dan dosa
81. bertemu dengan 7 keajaiban dunia
82. hafal juzuk 30 
83. miliki hotel 5 bintang
84. bercuti ke pulau-pulau utk snorkling
85. pergi ke negara 4 musim
86. ada koleksi handbag yang berjenama 
87. ada ruang solat khas dirumah siap tempat wuduk
88. boleh bawa anak-anak bercuti ke tempat yang mereka suka
89. ada bilik khas yang lengkap utk ibu bapa
90. ruang balcony atas rumah
91. beli kereta baru vios putih utk kegunaan harian
92. set pc apple yang lengkap
93. ada condo di KL, cameron highland dan pulau pinang utk disewakan dan kemudahan family utk bercuti
94. ada kolam renang fully covered utk privacy
95. pasang cctv dirumah bersama pengawal keselamatan
96. berjaya kucup hajarul aswad
97. bawa mak dan mama shopping apa yang mereka suka 
98. belajar bahasa cina dan korea
99. bantu para ibu menyusukan anak-anak selama 2 tahun
100. belanja jiran-jiran, keluarga dan kawan-kawan makan setiap ramadhan

Ok done 100 impian, moga segalanya jadi kenyataan. Aminn2.
Done impian, time untuk berusaha 💪💁‍♀️

#100impian
#viktoria
#gengjms
#shakleemelaka

0 comments: