Sunday 28 January 2018

5 Tip Untuk Jantung Sihat dan Gembira

Tadi ade customer message tanye kenapa dia sakit dada..padahal nye dia masih sangat muda. Dalam 20-an muda la kan..Haii risau sungguh la kan..

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization 2010, 1 daripada 3 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh PENYAKIT JANTUNG"

1 daripada 6 kematian di hospital kerajaan disebabkan oleh JANTUNG!
Seram pulak weh..yelah sekarang ni nak kena sakit tak kira muda, tua.gemuk atau kurus..in fact sebenarnye org muda yg kite nmpk sihat hensem cantik tu sebenarnye sakit..fuhhh...

Risau kan..sangat lah risau..emm jadi ape tindakan kita..takkan duk risau je kan..ape yang boleh kita buat ye..
Bagi saya asasnye kena jaga kesihatan, jaga pemakanan dan senaman.tekanan pun kena kawal jugak tau..ha, meh baca lagi okeh.teruskan membaca hingga habis ye :)

1. Bersenam 

Jom kita sama-sama bersenam demi jantung tersayang ye. Senaman merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan jantung yang sihat. 
Senaman akan membuatkan tubuh badan kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Ada banyak je cara senaman..paling mudah adalah berjalan kaki. Aktiviti lain seperti berenang, jogging, berbasikal, bersukan dan sebagainya..pilih la yang mana sesuai :)

2. Jangan Merokok 

Rokok merupakan punca utama sakit jantung! lagi dia lah punca kanser paru-paru dan kanser mulut. Pendek kata, Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok. 

VIVIX mampu memberi PERUBAHAN

never ever pegang dia okehh..sayangi diri diri dan keluarga..

3. Amalkan Pemakanan Seimbang 


Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan. Makan mengikut piramid makanan ye. Pastikan diet kita lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 

4. Tangani Tekanan Dengan Bijak 

Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation pada 2000 bertajuk Mental Stress Induces Transient Endothelial Dysfunction in Human, setiap kali seseorang mengalami tekanan, akan berlaku kerosakan dinding dalaman saluran darah (endothelial dysfunction) selama empat jam. Kerosakan ini akan menyebabkan saluran darah rosak dan kolesterol lebih mudah mendap. Kesan jangkamasa panjang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya berlaku penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

Tekanan memang tak dapat lari dalam kehidupan kita seperti masalah keluarga, di pejabat, kewangan dan sebagainya. Ramai lah yang memilih cara mudah dengan menghisap rokok, minum kopi dan sebagai nya yang lagi menyebabkan tekanan tu bertambah rumit.

Sama-sama kita berusaha ye untuk rancang perjalanan kehidupan harian dengan lebih baik untuk mengelak tekanan hidup. 


5. Berfikiran Positif 

Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Kita pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu kita untuk berfikiran positif insyaallah. 

Sebagai orang islam, jangan lupa untuk memohon kesihatan yang baik. amalkan zikir harian, solat dhuha dan solat di awal waktu ye. insyallah hati akan lebih tenang dan segala nya berjalan dgn lancar. Kawan saya ada berpesan, kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita..Kalau Allah dah jaga kita apa lagi kite nak takut dan risau kan..self reminder..

Em oklah.. insyaallah utk kesihatan jantung ni shaklee boleh membantu..


Disamping tip yang saya kongsi sebelum ni jangan lupe amik suplemen jugak ye untuk perlindugan dan pencegahan...insyaallah di entry lain saya ceritakan lebih detail lagi tentang suplemen utk jantung ye..

Nak mudah meh roger saya terus okeh :)



0 comments: