Monday 25 August 2014

Kurus tu Cantik Ke?

Kurus tu cantik ke? Apa pendapat semua? 
Semua orang nak kurus kan..lelaki perempuan. Kononnya kurus tu cantik. Habis yang gemuk tu tak cantik ke..wah emosi pulak malam-malam ni kan.ha..

Kurus tapi tak sihat apa cerita pulak kan.makan pil kurus beli kat mane2 ntah.ish dahsyat tau lagi-lagi remaja nih. sampai memudaratkan diri.

tak mau ye dik..awak cantik dah...Believe in yourself..eceh..(^_^)


Ingat dulu ada kawan dia pulun lah tak makan nasi sampai seminggu.memang la berat dia banyak turun. lepas tu jadi letih dan rindu nak makan nasi.
Lepas tu dia rasa la nasi terus dia ambil dalam portion yang banyak dan naik lebih banyak.
bila da naik tu dia 'menyesal' dan tak makan nasi lagi. tu la dia Diet Yo yo..

Bahaya tau..!!

Sebenarnya bila dia buat camtu (tak makan nasi) berat turun. Yes sebabnya diet camni menyebabkan dia kehilangan lemak dan otot atau salah satu dari nya.

Bila otot hilang, metabolisme tubuh akan menurun dan hilang keupayaan
untuk membakar lemak. Jadi bila berhenti diet, badan tak mampu nak membakar kalori macam dulu. Akhirnya berat badan naik lebih cepat dan mendadak..

Meh akak bagi tip mudah untuk kuruskan badan dengan sihat.
SIHAT should come FIRST..bear it in our mind..:)

1) Elak makan makanan ringan

Ni penting sangat tau. ye lah siapa tak suka kan..akak pun suka.haha
Sesekali takpe lah.ni kalau setiap kali lepas makan jamu dengan kerepek,biskut,jajan apa-apa lah lagi memang abis lah kau.makan lah apa pun suplemen.confirm tak kurus..huu takot x?

Sebab apa tau..biasa nya makanan ringan ni dia takde khasiat yang lengkap dan tak baik untuk badan kita. Yang ada karbohidrat dengan kalori yang berlebihan plus bahan pengawet dan perasa tiruan.
BAHAYA tuh..emm

makanan seimbang sepatutnya mengikut piramid makanan. 


2) Jangan berlapar dan tinggalkan masa makan

Petua kedua ialah jangan tinggalkan masa makan dan berlapar sebab boleh meningkatkan nafsu makan kita.
Abis ayu cantik semua haa..
Bila lapar abis semuanya.orang nye saiz S je tapi makan saiz XL.hee tak mau yee..

makan yang baik sepatutnya mengikut piramid makanan lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air.



3) Pengambilan Protein Sihat iaitu 'protein putih'

Ha apa tu protein putih?
Makanan tinggi protein putih ni boleh diperoleh melalui ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong.

Protein dari sumber kekacang pun baik untuk badan kita tau. so boleh la mula makan kacang.hee

sumber protein
Sumber 'protein merah' seperti daging yang kaya dengan lemak tepu ni pula kena kurangkan tau..

Alternatif: Boleh cuba ambil protein dari Shaklee :)
Kita ada ESP dan CINCH.


4) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Makan buah je boleh kurus ke?

Ha jangan tak tau buah-buahan dan sayuran ni lah sumber serat kita. Ada banyak khasiat antioksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh kita.

Buah-buahan ni walaupun manis, indeks glisemik dia rendah. Cuba amalkan makan buah sebelum makan ya terutamanya jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik dan belimbing.

Sayur pula ada kadar serat yang tinggi dan baik untuk kulit.

ada pelbagai jenis buah..sedapnyaa kann
Tak suka nak makan sayur dan buah-buahan ni?

Don't worry..Sustained Release Vita-C Plus 500g kan ada..telan je 1 biji sehari..for me take both sebab memang hantu buah..so dapat pastikan kandungan vitamin C dalam badan cukup insyaallah...;)


5) Banyakkan minum air masak

Ni rasanya dah banyak kali dah cerita dan bagitau kan...haa

Air kosong ni dia bantu bakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam badan manusia.

So rajin-rajin lah minum air masak ye. sehari 8 gelas air kosong.

air yg paling best sekali tau ;)
Air manis tu sesekali boleh la tapi nak kena ganti balik tau dgn air kosong! Bukan apa air manis ni kalori tinggi dan indeks glisemik tinggi. So tak baik untuk kesihatan k!

Bila sihat datang lah cantik tu..betul..buat jangan tak buat petua nih tau..

6) Amalkan pengambilan suplemen

Suplemen ni penting tau..tapi kena cari yang elok lah..takot nanti memudaratkan pulak kesihatan.

Antara suplemen yang patut diambil setiap hari seperti mutivitamin, vitamin C, vitamin E, antioksidan, omega 3, kalsium, magnesium dan zink untuk bantu kekalkan metabolisme tubuh ke tahap yang optimum ;)

Kajian membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh turunkan berat badan.

Sumber: Harian Metro 9 Jan 2014

Sebagai pengguna tegar SHAKLEE n dah rasa sendiri kesannya,semestinya saya mencadangkan suplemen dari SHAKLEE.

Insyaaallah..sama2 kita sihat dan cantik ye..oh berbalik pada tajuk kita kurus tu cantik ke?

Pada pendapat saya TIDAK.Gemuk itu tak semestinya hodoh dan kurus itu tak semestinya cantik. Everyone have their own inner beauty...

Apa yang paling penting adalah SIHAT. Amalkan pemakanan yang sihat.cara hidup yang sihat.

Nanti datang lah cantik tu.

TRUST ME (^_^)

~aisyah uaa~
Nak supplemen Shaklee? Meh saya bantu k..
Call me 017-3468802
rsaisyah317@gmail.com
Fb: Radin Siti Aisyah

0 comments: