Monday 25 August 2014

11 tip penyusuan susu ibu yang kita perlu tahu

Assalamualaikum..ibu ibu..adik adik..kawan2 pembaca..hari ni saya nak berkongsi 11 tip penyusuan susu ibu. Ye lah bukan apa.tau kan susu ibu adalah susu yang terbaik didunia. Nak cerita keistimewaan susu ibu ni panjang lagi ha..

Jemput baca..klik to enlarge
Ramai sahabat yang saya kenal mudah berputus asa. Perkara yang selalu menjadi halangan adalah kerjaya dan tidak berdisiplin. Pentingnya KEMAHUAN dan KESUNGGUHAN SI IBU. 

Nak seribu daya kan..tak nak pun seribu la dalihnya..jom jom jom beri yang terbaik untuk si manja yeh..Ye lah since topik kita adalah tip penyusuan. so kita fokus kan pada 11 tip tu. Mari !

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. 

Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. 

3. Minum banyak Air 

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air setiap hari.  Baca lagi kepentingan air
4. Fikir Bayi Fikir Susu 

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.

Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin… 

5. Berdisiplin 

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam… masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok.

Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7. 

6. Tendum Pumping 

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 

7. Teknik Marmet 

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 – 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza tuh…

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk).

Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara.

Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat.

Konsisten + disiplin + istiqamah 

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu. 

10. Urutan 

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.

Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com

11. Pengambilan suplemen 

Suplemen ni dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya… ESP! 

Tahukah anda “Keperluan protein sangat perlu diutamakan kerana protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protein merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus."

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’

Nak tahu lagi apa suplemen yang sesuai dan dapat bantu penyusuan susu ibu? KLIK SINI

Sumber

So kawan-kawan..jom apply k..usaha tangga kejayaan..(^_^)

kan baby dah nanes..hee
~Aisyah~
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com
FB: Radin Siti Aisyah


0 comments: