Thursday 17 June 2021

5 Tip Jana Pendapatan Dari Rumah Secara Online



Covid yang melanda sejak dua tahun lepas banyak memberi kesan kepada kita semua. Kak Radin percaya ramai yang hilang pekerjaan, yang dipotong gaji dan ramai yang perlu bekerja dari rumah. Bila sebut bekerja dari rumah ni faham sangat situasi nya lebih-lebih lagi para ibu kan, semestinya segala mcam jurus keluar mana tidaknya nak uruskan anak-anak, urus rumah dan juga yang paling penting kerja. Sebelum ini lebih mudah kerana bekerja dipejabat kan, bila dah rumah cabaran nya sangat besar. Moga cepat lah pergi wabak yang melanda negara kita insyaallah dan berlalu lah saat sukar yang kita semua hadapi. 

Buat yang hilang pekerjaan pasti terasa kosong tak tahu apa yang boleh dilakukan lebih-lebih lagi yang mempunyai keluarga kan. Apa kan daya tuhan takkan menguji seseorang melainkan dia tahu kita boleh hadapinya dengan kuat. Hidup mesti diteruskan, langkah kaki ke hadapan.

Disini kak radin nak kongsi apa yang boleh kita lakukan untuk jana pendapatan dari rumah secara online, banyak je sebenarnya. Jom kita semak mana tahu dapat jadi idea untuk anda mulakan.

1. Jual hasil kraftangan di Etsy.com

Kalau anda seorang yang kreatif dan berbakat boleh la cuba disini. Bakat terpendam yang ada boleh juga dijana jadi pendapatan. Hasil seni seperti lukisan, ukiran, baju, dompet dan sebagainya boleh dijual. Menarik juga kan? Boleh login secara percuma dan tetapkan harga dalam USD, nanti jika ada yang berminat mereka akan hubungi kita. 

2. Buat kerja secara sambilan di Fiverr.com

Banyak kerja yang boleh kita buat dalam ni antaranya mereka logo, mengisi borang survey, menaip dokumen PDF ke words, menyediakan power point, menangkap gambar dan sebagainya. Bayaran akan diberi berdasarkan kemahiran yang kita ada dalam USD, mungkin kecil tapi kalau rajin banyak juga hasilnya. Cuma luangkan masa beberapa jam untuk selesaikan tugas yang diminta.

3. Jual servis yang boleh kita buat

Ramai antara kita yang pandai memasak kan, buat kek, pastry dan sebagainya menu yang sedap-sedap kan, apa kata cuba wasap jiran-jiran di kawasan perumahan dan yang berdekatan tentang servis yang kita sediakan. Boleh jual kek, kuih raya, kerepek dan sebagainya yang kita ada mampu buat. Mana tahu ada yang berminat dan panjangkan kepada orang lain. Ada yang boleh menulis boleh juga buat buku, tulis blog mungkin dan cuba jual jika ia bermanfaat,  mungkin boleh buat e-book. Ada yang pandai buat akaun boleh cuba buat freelance, kirakan tax untuk individu dan juga syarikat. Kan? 

4. Jadi influencer

Sekarang ni media social bukan hanya untuk artis-artis, kita orang kebanyakan pun boleh. Kongsi konten yang bermanfaat seperti tip memasak, tip make up, tip memancing dan sebagainya. Apa yang penting kena berani dan tidak kekok dihadapan camera serta dapat mempengaruhi followers anda. Buat akaun di media social seperti youtubem tiktok dan dapatkan subscriber yang ramai. 

5. Buat dropship

Sekarang ni banyak sangat dropship yang kita boleh buat, apa yang penting kena rajin buat marketing dan buat personal branding. Dropship ni bagus dan sesuai untuk yang baru nak mula belajar berniaga dan tiada modal. Buka akaun di media social seperti facebook, instagram, tiktok untuk buat promosi. Kalau tak tahu nak buat dropship apa, boleh juga buat dropship dengan team kak radin insyallah kita bantu dan buat sama-sama ya. Niat nak bantu orang lain juga untuk sama-sama jana pendapatan seperti kita insyaallah.


Ada banyak lagi sebenarnya yang kita boleh buat untuk jana pendapatan dari rumah tapi kak radin kongsi 5 yang terbaik. Apapun apa yang penting kena berusaha dengan bersungguh-sungguh, sentiasa letakkan Allah SWT no.1, pemilik harta seluruh alam. Dulukan Allah dalam segala apa yang kita lakukan insyaalah segala urusan kita akan dipermudahkan insyaallah. Peringatan untuk diri juga. Moga semuanya baik-baik la hendak-Nya. 

Berusaha pasti ada jalannya !

0 comments: