Monday 11 January 2021

5 Sumber Vitamin C Terbaik

Vitamin C adalah penting kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada tubuh anda dengan fungsi utamanya sebagai sumber antioksidan yang baik. Walau bagaimanapun, ia tidak dihasilkan atau disimpan di dalam badan. Oleh itu kita perlu mengambil vitamin penting ini melalui pemakanan.


Vitamin C penting untuk sistem imun yang sihat dengan menyokong ketahanan badan terhadap jangkitan supaya kita merasa lebih sihat setiap hari. Selain itu, fungsi vitamin C menghalang tanda-tanda penuaan kerana ia membantu penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tompok penuaan serta membantu memberikan tona kulit yang lebih cantik. Vitamin C juga adalah nutrien utama untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat.Seterusnya fungsi vitamin C menyokong penyerapan zat besi, vitamin C  diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin yang normal.


Terdapat banyak sumber makanan yang memberi kita sumber vitamin C iaitu dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Disini saya kongsi 5 sumber vitamin C dari bahan semulajadi yang terbaik. Sumber dari myfooddata.com


5 Sumber Vitamin C Terbaik

Jambu Batu


Jambu batu merupakan buah yang mengandungi kandungan Vitamin C yang paling tinggi. 100g buah jambu batu mengandungi 228 mg vitamin c yang jauh lebih banyak berbanding buah yang lain. Selain itu, jambu batu juga kaya dengan serat, asid folat, kalium dan mangan.

Kiwi

Kiwi pun tak kurang hebatnya, 100g kiwi mengandungi 93 mg vitamin C. Ia juga padat dengan mineral seperti kalium (potassium) dan kuprum (copper). Satu kajian terkini juga mendapati kiwi mampu melancarkan sistem penghadaman serta meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kandungan lemak dalam darah.


Betik


100g betik memberi 61 mg vitamin C. Buah betik juga merupakan antara buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang cukup tinggi. Kebanyakan orang akan makan betik ketika ada masalah penghadaman kan? Selain melawaskan, betik juga ada banyak kelebihan tersendiri seperti membantu mencerahkan kulit dan menguatkan tulang.


Brokoli

100 g brokoli memberi 89 mg vitamin C. Ia mengandungi fiber yang tinggi. Vitamin C dalam brokoli sangat baik untuk mencegah kanser dan sebagai agen antioksida dalam tubuh. Brokoli ini juga dikira sebagai “superfood” kerana mempunyai banyak khasiat, antaranya mampu melawan kanser, membekalkan tenaga, dan meningkatkan kesihatan jantung.

Lada Benggala

Kalau jambu batu paling banyak vitamin C dalam kategori buah-buahan, lada benggala pula adalah antara “champion” bagi kandungan vitamin C dalam kategori sayuran. Setiap 100g cili benggala memberi 128 mg vitamin C.

Nak sihat dan cantik, kena usahakan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran selalu. Jika perlu boleh ambil suplemen untuk memastikan sumber vitamin C harian kita terjamin. Dalam pemilihan suplemen pilihlah yang selamat, berkesan dan semulajadi bukan dari bahan sintetik. Penting juga untuk mencari suplemen vitamin C yang mempunyai kadar serapan yang lebih banyak dan lebih cepat oleh tubuh. Selain itu, penting juga untuk mencari  syarikat pengeluar yang mempunyai integriti dalam penghasilan produk. 

 

Sebarang info, konsultasi dan pertanyaan lanjut berkaitan Vitamin C boleh WhatsApp saya di

017-3468802.

 

Aisyah Radin

0 comments: