Sunday 22 March 2020

Tips Bekerja Dari Rumah

Restriction Movement Order masuk hari kelima kerana virus Covid-19 yang bebas menular, semoga kita semua dengar kata dan duduk rumah diam-diam, keluar bila hanya perlu sahaja. Bila kita diam dirumah, virus tak dapat nak jangkiti sesiapa lagi dan dia akan hilang tapi bila ada yang masih sibuk dengan urusan disinilah yang terjadi.

Sedih sangat Kak Radin rasa bila dengar kes kematian yang ke-9 ni, janganlah ada lagi kes yang bertambah lagi,risau sangat rasa ni. Cepatlah sembuhkan mereka yang terkena, bebaskan kita semua dari virus jahat Covid-19. Aaminn..

Jadi berbalik pada topik kita, apa aktiviti anda dirumah. KR pasti ramai yang perlu bekerja dari rumah tapi berjaya kah anda? Sama-sama kita usaha ok? Disini KR nak kongsi sedikit tips yang boleh diguna pakai mana tahu dengan bacaan tips ini dapat meningkatkan lagi produktviti kerja kita semua insyallah.

1. Pembahagian Masa

Setiap orang ada masa 24 jam sehari, jadi untuk pastikan setiap masa tidak dibazirkan dengan begitu masa, KR cadangkan siap sediakan To Do List dan Priority List setiap hari. Jadi kita dapat elakkan dari melakukan perkara yang tidak berfaedah insyallah.

2. Disiplin

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rasa kerja kita penting dan perlu disiapkan mesti kita akan buat. Disiplin diri sangat-sangat penting sebab kalau dah bahagi masa tapi tak ikut tak berguna juga kan? hee.

Set Disiplin masa kerja, masa rehat, masa untuk diri dan masa untuk keluarga. Boleh beritahu anak-anak, suami atau isteri elok-elok dan fahamkan mereka kepentingan kerja kita ini insyallah mereka faham. 

3. Jangan Skip Makan

Makan sangat penting untuk beri kita tenaga dan fokus positif. Makan ikut masa, jika lapar boleh ambil buah dan salad sebagai snacking baru lah berat badan tak terbabas. Lagipun untuk elak dari mata ni rasa mengantuk masa bekerja. Jika perlu, KR sangat sarankan untuk ambil suplemen yang bantu kita beri tenaga dan juga fokus insyallah.


4. Work Station

Sediakan tempat kerja yang selesa, jika perlu boleh bawa sesuatu dari tempat kerja yang boleh bantu kita mengingatkan tempat kerja. Pencahayaan yang baik juga sangat membantu.

5.  Berpakaian seperti bekerja

Tidak lah perlu berkemeja dan bertie segala tapi pastikan tidak memakai baju tidur sebab ia sangat-sangat menjurus kita untuk ke tempat tidur. Bangun awal pagi seperti bersiap ke tempat kerja, breakfast dan memakai pakaian yang kemas dan selesa ok?

Oklah itulah sedikit sebanyak tips yang boleh KR kongsikan dulu, Betul memang susah nak bekerja dari rumah bagi yang tidak biasa tapi demi keselamatan kita semua, keselamatan Malaysia silalah berusaha dengan jaya nya untuk menyiapkan kerja dengan sebaik mungkin ye. 

Alhamdulillah KR secara personal seronok sangat bekerja dari rumah, dapat luangkan masa lebih untuk keluarga dan diri lebih lagi. Nikmat sangat bekerja dari rumah ni tau. Jom join KR jom kita buat bisnes dari rumah boleh dapat pendapatan sampingan.Sambil sihat, cantik dan dapat bantu orang lain juga insyallah.

2 comments:

HusnaY said...

cantiknya work station.
Good advise sis❤️

Aisyah Radin said...

cantik kan, camni baru la semangat nak kerja hihi