Tuesday, 15 September 2015

Kolostrum – Cecair Emas Perisai Untuk Bayi Kita

Kolostrom atau kita panggil susu awal ibu ialah cecair hebat yang hanya boleh didapati pada 3 hari pertama selepas kelahiran bayi anda. Walaupun kuantiti yang dihasilkan sedikit sahaja tapi ianya cukup untuk mengenyangkan bayi dan memberikan perlindungan yang sangat hebat kepada sistem pertahanan bayi anda.


Kolostrum adalah sangat penting untuk bayi anda. Oleh itu, penyusuan susu ibu sangat digalakkan bermula dalam tempoh setengah jam selepas kelahiran. Sedikit info tentang kolostrum yang perlu anda ketahui. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal kelebihan dan manfaatnya, ada pasti tidak akan sia-siakan cecair ajaib ini. 


Apa Itu Kolostrum?
Susu ibu yang dihasilkan seawal usia kandungan 7 bulan sehingga ke beberapa hari selepas kelahiran. Ia adalah cecair pekat, melekit dan berwarna kekuningan Kuantiti yang dihasilkan adalah sedikit iaitu hanya lebih kurang  3oz dalam tempoh 24 jam. Kolostrum mengandungi nutrisi(protein dan vitamin A) yang lengkap untuk bayi 


Manfaat Kolostrum kepada bayi


1. Melindungi usus bayi daripada sebarang jangkitan.
2. Merupakan imunisasi pertama bayi yang membantu sistem tubuh bayi dalam menentang bakteria.
3. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik didalam usus bayi dan menguatkan daya tahan tubuh.
4. Membantu bayi mengkumuhkan ‘meconium‘ melalui najis untuk mencegah Jaundis

Kolostrum ini seterusnya akan digantikan dengan susu matang beberapa hari selepas kelahiran. Ia cuma boleh dihasilkan oleh tubuh anda sekali sahaja. Oleh itu, hargailah kolostrum anda. Pastikan bayi anda dapat menikmati cecair emas ini. 


Pilihan anda akan mempengaruhi kesihatan bayi anda di masa akan datang. Sistem pertahanan tubuh bayi anda masih belum matang semasa hari-hari pertama kelahirannya. Perkuatkan sistem imun  bayi anda dengan Kolostrum sebagai persiapannya untuk melawan bakteria-bakteria disekeliling anda insyaallah :)


Jom dapatkan banyak lagi tip-tip penyusuan dari saya ----> KLIK SINI

Related Posts:

0 comments: