Lately rasa macam perut buncit je..hihi..rasa mcm makan banyak je. Bila dah makan menyesal kan.biasa lah tu..faham sesangat..jadi, terus lah tangan ni google cara utk elak dr perut buncit which is semua orang pun dah tahu sebenarnya include me. Cuma buat-buat tak tahu kan..lagi bila nampak makanan yang sedap-sedap :D
Meh kita tgk balik ye...diantara tips-tips dan panduan untuk mengelak daripada perut buncit ialah:-
1.Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak
2.Kurangkan minuman manis terutama minuman bergas
3.Pastikan minum cukup air kosong (setiap 25 kg berat badan memerlukan 1litre air). Air kosong tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
4.Jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa
5.Ambil masa 15 minit untuk berjalan setiap kali selepas makan
6.Pastikan mengambil makanan tinggi serat setiap kali makan kerana ia boleh melambatkan proses penghadaman makanan. Cth: sayur, buah, wholegrain dll.
7.Amalkan senaman dan jadi lebih aktif. Selain membakar lemak, senaman juga dapat menghasilkan hormone dopamine yang boleh mengurangkan stress dan memberi mood ceria kepada kita.
8.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar.
9.Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
10.Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
0 comments:
Post a Comment