Wednesday 10 January 2018

10 Sebab Kenapa Perlu Detox

Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 

Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil. Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 

Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik. Sebab itu lah kita perlu Detox----> detox hati, detox usus dan detox seluruh badan~

APA ITU DETOX?
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum. - Mamafaiz.com

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX?


1. Buang toxin dari dalam badan.
Pendedahan jangka panjang toxin (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit. Toxin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).

2. Mencegah penyakit kronik.
Toxin ini menjadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toxin untuk menjadikan badan kita sihat walaubagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toxin ini. Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toxin secara semulajadi.

3. Meningkatkan fungsi sistem imun.
Badan kita mempunyai sistem imun  yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.

4. Mendapat berat badan yang ideal.
Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

5. Melambatkan proses penuaan.
Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun). Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup.
Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.

7. Meningkatkan tenaga.
Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.

8. Meningkatkan kualiti kulit.
Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.

9. Mental dan emosi yang jelas.
Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.

10. Mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan.
Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.

Set Detox Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex, Herb-Lax dan DTX Complex. Individu yang mendapati tubuh mereka mengandungi banyak toksin serta berat badan yang semakin meningkat dan sukar turun, dinasihatkan perlu jalani proses detox ini secara perlahan-lahan dan teratur.


Alfalfa Complex ~ agen detox seluruh tubuh. Ia membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol jahat, memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko strok. Alfalfa juga bertindak untuk mencuci hati, darah dan usus disampingkan membersihkan toksin dari badan. Selain itu Alfalfa ini boleh menghilangkan masalah bau badan yang biasanya disebabkan oleh toksin yang banyak pada tubuh. Pengambilan Alfalfa Complex mestilah disertakan dengan air kosong yang banyak untuk memudahkan proses penyingkiran bahan kumuh.

Herb-Lax ~ merupakan agen detox yang kedua. Iaitu ia menggalakkan pembersihan usus secara lembut, ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan. Herb-Lax boleh membantu masalah sembelit, di mana ia adalah berpunca dari najis yang sudah tersimpan lama di dalam tubuh. Individu yang mengalami masalah perut buncit juga digalakkan untuk mengambil Herb-Lax, dengan aturan yang betul inshaAllah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

DTX Complex ~ Ini pula adalah agen detoksifikasi untuk hati. Ia melindungi hati daripada toksin, racun dan bahan kimia. Kandungan toksin yang banyak pada tubuh boleh mengganggu kadar penyerapan nutrien pada tubuh, DTX Complex membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi. DTX Complex juga mampu memperlahankan pembentukan toksin. Kepada individu yang ada masalah sembelit juga boleh mengambil DTX Complex sebagai ikhtiar kerana ia bertindak sebagai julap lembut.

Sebarang konsultasi boleh pm saya teruslah di 017-3468802..tak perlu ambil semua pun xpe..kita ambil ikut keperluan dan bajet lah ye..apapun moga kita semua terus sihat untuk meneruskan hidup seharian demi yang tersayang.



0 comments: