Wednesday, 3 December 2014

Tip memilih suplemen Vitamin C yang terbaik untuk kita

Vitamin C ni memang sangat penting tau. Badan kita tak dapat nak hasilkan sendiri. Jadi kita kena dapatkan dari makanan atau pun suplemen. kalau yang suka makan buah tu kira ok la kan..

Keperluan vitamin C adalah berbeza bagi setiap individu disebabkan oleh faktor berat badan, jantina, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Begitu juga antara wanita yang mengandung dan wanita tidak mengandung.

Sekiranya anda adalah seorang perokok, kadar keperluan Vitamin C adalah 35mg lebih daripada individu yang tidak merokok. Boleh rujuk SINI

Jadi kenapa perlu pastikan kita mendapat vitamin C setiap hari? Saya da pernah share dalam entry sebelum ni -----> Kenapa perlu pastikan setiap hari kita dapat vitamin C ?

Vit C utk imuniti, kulit, antioksidan, release tension dan sebagainya. 

Nak tahu 5 jenis VITAMIN CANTIK? baca ni ---> 5 jenis vitamin cantik :)

sumber vitamin C
Sumber vitamin C dari makanan sebenarnye tu lebih baik seperti limau, kiwi dan sebagainya tapi tahulah kita ni susah nak konsisten kan. kadang makan kadang tak.setiap hari rush je nak pergi kerja balik kerja. sibuk dgn anak2 lagi. jadi yang mudah ambil lah suplemen. Disamping dapat pastikan kita dapat bekalan vitamin C yang mencukupi.

Suplemen bagaimana yang kita nak..ada banyak kot dalam pasaran. Mane nak tahu mana yang terbaik kan.meh saya nak beritahu ye~~

TIP MEMILIH SUPLEMEN VITAMIN C


Semulajadi 

Pastikan Vitamin yang kita pilih adalah semulajadi. 
Cara untuk ketahui sama ada ia semulajadi ialah, tiada silika gel dalam botol Vitamin tersebut. Vitamin semulajadi tak perlukan silika gel untuk mengekalkan kesegarannya. 

Tapi Vitamin sintetik sangat perlukan silika gel sebab takut elemen luar mudah merosakkan bahan kimia yang menjadi bahan utama buat Vitamin tersebut. 

ni la dia rupe silica gel
Jemput baca  lebih lanjut tentang beza Vitamin semulajadi dan vitamin sintetik 

Bioflavonoid 

Vitamin C memerlukan bioflavonoid, iaitu sejenis elemen yang meningkatkan kadar tubuh menyerap khasiat Vitamin C. Biasanya bioflavonoid ini terdapat pada kulit buah yang bersitrus, seperti kulit buah oren.  

Boleh ke nak telan kulit limau ni? hee
Tapi kalau tak nak makan kulit buah oren, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release Shaklee. Ia mengandungi 120 mg bioflavonoid. Bioflavonoid ni jugak penting untuk mengelakkan Vitamin C dari rosak disebabkan oksigen (terma saintifik untuk teroksida) 

Pelepasan berperingkat 

Pastikan Vitamin C kita melepaskan khasiat Vitamin C secara berperingkat. Ini penting untuk memastikan organ tidak cepat rosak dek kerana terlalu banyak Vitamin C pada satu-satu masa.

Jadi badan kita akan dilindungi sebab vitamin ni dilepaskan perlahan-lahan setiap jam :D


Bulan ni pula kebetulan promo vit c..jom cepat grab beli terus 7 kongsi2 dgn kawan-kawan dan family.jimat la sket kan..kalau nak roger2 saya k!


Related Posts:

0 comments: