Assalamualaikum~
Hari ni rasa nak cerita pasal carrot sebab hari ni saya ada buat carrot susu.kononnye nak kenalkan pada ammar arif tapi macam sikit je minum..em xpe2 nanti ummi buat yang lain eh..usaha sampai ammar nak makan..yeahh..
jadinye ummi n walid la minum carrot susu ni ye..hee..
![]() |
ihsan en google~ |
Sebaiknye lobak merah ni dimakan begitu sahaja.mentah lebih byk khasiatnye.kan..tapi minum air pun bagus jugak senang nak telan.hee..Bagus lobak merah ni tau..saya baca-baca ia bagus untuk kulit kita, mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga atasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan
Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, kalsium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksid dalam badan.
Khasiat dia lagi..check it out~~
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.
Atau bagi remaja yang malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.
2. MENGANDUNGI VITAMIN A
Lobak merah mengandungi vitamin A dalam bentuk beta-karotena. Minum jus lobak merah boleh membantu mengekalkan visi yang baik, meningkatkan imuniti badan, mengeluarkan indigestible gentian, membantu dalam pencegahan kanser, penyakit jantung dan angin ahmar.
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.
Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan. Lobak juga mengandung banyak air sehingga baik untuk memenuhi kadar hidrasi tubuh.
Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.
Kandungan zat besinya pula meningkatkan jumlah sel darah yang dapat membantu mencerahkan kulit. Kelebihan ini amat baik bagi mereka yang menghidap anemia, atau yang sering merasa letih.
Beta karoten yang sering dihubungkan dengan sayuran berwarna kuning atau jingga ini boleh membantu meningkatkan kesihatan mata
Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat.
Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.
Salah satu cara untuk mencegah kerosakan pada kornea mata adalah dengan kerap memakan lobak merah atau memasukkan beta karoten ke dalam makanan yang anda ambil.
Jom2 kita hati..em ok lah...take care ye ni..
Jom Sihat Cantik Semulajadi,
0 comments:
Post a Comment