Thursday 10 July 2014

Kurma boleh kuruskan badan

 Assalamualaikum...sempena bulan ramadhan ni suka la nak kongsi tentang kurma. sebelum ni pun saya pernah update..

dan 

selalunya kurma ni popular dalam bulan ramadhan je termasuk lah diri yg menulis ni.hee.. Sebenarnya banyak sangat khasiatnye tau..
Azam lepas ni dalam rumah mesti ada kurma (^_^)


Ok2..balik pada tajuk kita..kurma boleh kuruskan badan..ni saya jumpe dalam website majalah RAPI.

Mudah sahaja caranya, iaitu menjadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Kalau sebelum ni makan malam anda dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk, cuba gantikannya dengan kurma. Waktu makan kurangkan pengambilan nasi dan makanan berat. Waktu malam, kita kurang gunakan tenaga sebab waktu malam biasanya hanya berehat sahaja. Cuba cara ini dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya. Badan bukan sahaja akan menjadi kurus, tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Kalau nak tahu, buah kurma  kaya dengan Potassium yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Bukan itu sahaja, kalau boleh makanlah kurma tanpa perlu membuang kulitnya kerana pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. 

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.

Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah.

Asingkan buah kurma daripada bijinya, campurkan dengan lobak merah dan susu rendah lemak. Pastikan susu tersebut sejuk agar dapat mengurangkan rasa muak kerana jus yang akan terhasil akan menjadi agak pekat. Setelah dicampurkan boleh lah terus minum.

Boleh juga di campurkan dengan ESP bertambah-tambah lagi khasiatnya dan jadi lebih kenyang insyaallah.
 
Siapa sangka dengan buah kurma kita dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan.


Salam sihat dan cantik dari saya,
~Aisyah~
Hubungi saya  di 017-3468802
SID anda semua

atau

Dapatkan ESP Shaklee anda secara ONLINE terus dari Shaklee

(^_^)

0 comments: