Assalamualaikum wbt.sihat ke?
memang teruja sket nak menghadapi ramadhan tahun ni sebab tahun ni saya akan berpuasa dan menyusukan ammar arif.Alhamdulillah diberi peluang utk merasa menjadi seorang ibu dan menyusukan si kecik tu. Moga dapat kekuatan hingga Ammar 2 tahun nnt lah mudah-mudahannya.
So menjelang RAMADHAN ni, apa persiapan yang boleh kita buat ye??
1. Banyak minum air
Minum air yang mencukupi ketika sahur
atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang
pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari.
2. Bersahur
Perlu bersahur setiap hari. Seeloknya
kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan
mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.
3. Makan kurma
Sahur dan terus berbuka dengan kurma untuk
membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum
shake kurma yang dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan
rasa kenyang yang lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.
4. Banyakkan buah & sayur
Tapi bagi ibu yang masih
pantang tak elok makan sayur dan buah yang 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi
kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu
dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...
5. Minum coklat
![]() |
susu coklat.sedap pulak hai tgknye.. |
Ibu yang menyusukan masih boleh
menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu
kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet
ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya
minum susu atau coklat suam sebelum tidur. Alternatif boleh ambil pil kalsium a.k.a Ostematrix
6. Makan madu
Amat digalakkan makan madu setiap hari
kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam
badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon
boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp
7. Kurangkan minuman bikarbonat
kurangkan (atau jangan
minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan
minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan
penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah
nya...atau buat nipis2..
Credit to: wansu1975
Basically camni lah, ambil dari blog mama cery
Amalkan pemakanan seimbang.ikot piramid makanan.
Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
Lebih kerapkan
mengepam dan menyusui bayi.
Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
Ceria2 selalu.
Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si
kecil..banyakkan doa & istigfar
So ilmu dah ada kan..tinggal lagi nak buat ke tak nak je ha..Ilmu tanpa amal kan..yang paling penting tu sama-sama kita berDOA minta tolong dari ALLAH SWT ye. moga kita semua diberi kekuatan utk lakukan amal ibadah puasa ni dgn baik kan..aaminnn...
Jom Berpuasa dengan Gembira dan Shaklee,
~Aisyah~
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah
0 comments:
Post a Comment