Wednesday 19 March 2014

5 jenis makanan baik untuk kulit cantik

Terdapat banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik tapi hari ini saya nak berkongsi lima jenis makanan yang boleh bantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri! 

Lima jenis makanan baik untuk kulit 

Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kita. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah. 

Strawberry 

Secawan strawberrry menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah berpotensi tinggi untuk memiliki kulit kering dan berkerut. 

Tomato 

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur. 

Soya 

Kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe. 

Epal merah/hijau

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

Jom sihat cantik secara semulajadi,
~Aisyah~
FB: Ummi Ammar Arif
SID:1092808
017-3468802

0 comments: