Hai..assalamulaikum semua.
Petang-petang sabtu ni apalah agaknye aktiviti semua..yang pasti gunakan lah masa yang ada dengan sebaiknya ya. Ni saya da terbaca..nak share la jugak dgn semua kan.Penat dan stress kerja memang tak dapat dielakkan. Kalau tak stress badan,stress otak dan juga mata.lagi-lagi yang selalu mengadap komputer kan..
![]() |
Stress kerja |
Ha..tak nak la sampai macam ni ye tengok keje..weekend ni kita share sket cara untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:
- Bersifat positif terhadap pekerjaan:
Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.
- Bersantai sejenak:
Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.
- Nikmati humor dan ketawa:
Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.
- Bekerja secara sistematik:
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.
- Banyak minum air mineral:
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.
- Lakukan aktiviti fizik:
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.
Sumber : halaqah.net
Ha kan boleh tu..jangan la time kerja pergi keluar pula.ni contoh aktiviti fizikal.hee..berjalan, berdiri dan sdikit regangan juga sudah membantu. yang pasti solat juga satu senaman,buat yang terbaik insyaallah kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat.aaminnn~~
Jom Sihat Cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
SID:1092808
017-3468802
0 comments:
Post a Comment