Monday, 17 February 2014

Kenapa perlu makan supplemen?

Assalamualaikum...em hari ni rasa nak share lagi sebab ada kawan sy bila sy tanye.

"Ada makan supplemen tak? "
 Dia jawab," Takde pun but I'm prefer natural food..secara semulajadi"
Saya,"oh ok la tu..memang bagus tapi memang memerlukan usaha keras pada zaman ni."

Perbualan mati camtu je.Saya tak kisah hanya mencuba dan bertanya.Tiada paksaan dalam konsep perniagaan Shaklee ni. Saya akan bantu siapa yang rasa dia memerlukan bantuan. :) Well tapi pagi ni duk fikir balik dan rasa nak notekan kenapa sebenarnya kita memerlukan supplemen. Kalau diikutkan saya pun malas nak makan suplemen sume ni tapi memikirkan kesihatan so di gagahkan juga. Bila kita sihat insyaallah secara tak langsung kita akan cantik.ewah cantik keww? hee


Sebelum tu saya nak petik dulu kata-kata Prof Muhaya tentang supplemen ni.

"Mereka yang berumur lingkungan 20-40 tahun perlu mengambil supplemen walaupun mereka fikir telah mengambil makanan yg seimbang. Kesannya mereka akan dapati selepas umur 40 tahun."

"Antara barang branded dan supplemen, lebih baik memilih untuk membeli supplemen. Kerana barang branded hanya nampak di luaran sahaja. Tetapi supplemen yg anda amalkan akan memberi kesan kepeda tubuh badan anda. Iaitu kesihatan."

"Jangan asyik nak kejar kekayaan, tapi utamakan lah juga kesihatan. Jika tidak, selepas umur 40 tahun nanti, tak mustahil anda akan habiskan kekayaan anda untuk mencari kesihatan."


kekal sihat dan cantik
Siapa tak nak kekal sihat dan cantik kan? Macam yang saya kata tadi la.Bagi saya yang lebih penting adalah sihat dari dalam supaya cantik diluaran. Betul sangat2 apa yang prof muhaya cakap tu.Kalau ada duit bagus kita belanjakan utk supplemen. tu utk masa depan kita.tak nak kan hidup dgn menanggung kesakitan?

Boleh refer post sy sebelum ni  "Mencegah lebih baik dari mengubati"

dan kisah Dr Mindell,seorang ahli farmasi  "Kepentingan Vitamin dan Suplemen kepada semua"

Antara alasan tak mahu makan supplemen...

1) Rasa makanan yang ada sudah cukup

Bagi saya..memang tak cukup kerana...
  • makanan yang kita ambil seharian banyak yang sudah kehilangan khasiat kerana dimasak dgn suhu yang tinggi. 
  • orang sekarang ni lebih gemar makan makanan segera yang ternyata khasiat nya tidak seimbang.lebih banyak lemak dan kalori.faktor ini lah yang menyebabkan penyakit diabetes semakin meningkat.
  • lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak makan sayur khasiatnye jelas tidak mencukupi utk menampung keperluan badan kita dan akhirnya akan mudah dijangkiti penyakit.
  • Kalau makan buah dan sayur pula.kemungkinan ditanam atas tanah yang tak subur.penggunaan racun serangga,racun perosak boleh mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tu.
2) Tiada bajet dan keperuan untuk makan

Saya ambil balik kata prof muhaya tadi, dari membeli barang branded lebih baik membeli supplemen. duit boleh dicari kesihatan tak dapat dicari.Kadang bila difikirkan betul juga.Bila dah sakit baru nak mencari suplemen harganya lebih mahal berbanding jika supplemen itu diambil semasa sihat. Badan akan lebih cepat sembuh jika langkah pencegahan diambil dari awal lagi.So jom lah kita sihat.simpan duit sikit2 untuk beli supplemen.

Jika tidak boleh juga dicuba cara alternatif seperti makan ulam-ulaman dan makanan sunnah seperti kurma,habbatus sauda dan sebagainya.

Emm ckup dlu lah setakat ni. lastly kalau ada jalan yang lebih mudah kenapa nak lalu jalan yang sukar kan.Jom lah sihat dan cantik ;)

Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
SID:1092808
017-3468802


Related Posts:

0 comments: